Kenalpasti Lubang Benam Menggunakan Kaedah Geofizik

. .
Lubang benam atau turut dikenali sebagai "sinkhole" merupakan salah satu fenomena alam yang menyebabkan pemendapan tanah berlaku. Mungkin pada pengetahuan masyarakat setempat lubang benam ini dikenali sebagai tanah jerlus. Kebiasaannya, lubang benam ini terjadi dikawasan berbatu kapur. Sifat semulajadi batu kapur yang mudah terlarut (proses pelarutan kimia) menyebabkan batu ini mudah membentuk rongga dibawah tanah (subpermukaan).

Di semenanjung Malaysia seperti di Ipoh,Perak sebahagian besar batuaannya terdiri daripada batu kapur dan filit. Batu kapur ini berpotensi membentuk rongga seterusnya terjadilah lubang benam akibat runtuhan tanah pada rongga ini. Sebagai contoh, kes yang berlaku baru-baru ini yang hampir meragut nyawa penduduk di kawasan tersebut (lihat keratan akhbar daripada Bernama).

berita lubang benam
Kejadian lubang benam atau turut dikenali tanah jerlus.


Masalah ini boleh diatasi sekiranya kajian geofizik dijalankan sebelum sebarang pembinaan atau pembangunan dijalankan. Kajian geofizik seperti Pengimejan Geoelektrik 2D boleh membantu mengenalpasti lokasi rongga dan kawasan yang berpotensi untuk berlakunya lubang benam atau tanah jerlus ini.

Di Geo Technology Resources, kami bersedia membantu memberi sokongan konsultasi serta melakukan penyiasatan geofizik dikawasan berisiko.

lubang benam
contoh lubang benam yang berlaku dijalan raya





0 comments:

Post a Comment